JOSE Mourinho membawa bekas pencari bakat Chelsea menyertai Manchester United bagi memantapkan pasukan stafnya.
Saluran televisyen Chile, Canal del Futbol melaporkan, Jorge Alvial kini telah memulakan tugas untuk memantau bakat di utara dan selatan America bagi pihak United.
Alvial menemui Mourinho buat pertama kali pada 2009 dan sejak itu Pengarah Pencari Bakat Sporting Lisbon berkenaan menjalinkan kerjasama dengan pengendali kelahiran Portugal tersebut.
Sejak dilantik menerajui United, Mourinho telah melakukan rombakan terhadap barisan pencari bakat dengan menggugurkan sebahagian besar mereka.
Dia telah memasukkan muka-muka baru seperti Ricardo Formosinho, Tommy Moller Nielsen, Gerardo Guzman yang merupakan bekas ketua pencari bakat Atletico Madrid.


