suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi Dedah Punca Warnakan Rambut

BUENOS AIRES: Penyerang berbisa Barcelona, Lionel Messi akhirnya mendedahkan punca sebenar dia menukar warna rambut sejak hujung bulan Julai lalu.

Messi mewarnakan rambutnya menjadi putih selepas mengakhiri kempen Copa America dengan penuh kekecewaan apabila tewas kepada Chile menerusi penentuan sepakan penalti.

Susulan kekalahan tersebut, penyerang lincah berusia 29 tahun itu juga mengambil keputusan drastik untuk bersara daripada skuad kebangsaan Argentina, sekali gus mengejutkan ramai pihak.

Namun baru-baru ini, Messi menjelaskan punca sebenar dia mewarnakan rambut dan kembali menyarung jersi negara.

"Saya mahu melakukan perubahan bermula daripada kosong.

"Banyak kontroversi menyelubungi saya situasi itu membuatkan saya mahu bermula semula daripada bawah," katanya seperti dilaporkan portal Mirror.

Pada awal Jun lalu, Messi dijatuhi hukuman penjara 21 bulan oleh sebuah mahkamah Sepanyol selepas didapati bersalah melakukan penipuan cukai tetapi dia dijangka terlepas daripada dikenakan hukuman tersebut.

Malah keputusannya bersara lebih awal di peringkat antarabangsa mencetuskan banyak kritikan dalam kalangan peminat, tetapi tindakannya menyertai semula Argentina pada bulan lalu ternyata menggembirakan ramai pihak.

Messi menjaringkan gol kemenangan ketika menang 1-0 Uruguay dalam pertemuan kelayakan Piala Dunia 2018 pada Khamis lalu.

Lionel Messi

Artikel Lain