suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ferrari Pilih Strategi Lebih Agresif - Arrivabene

PRINSIPAL pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene mengakui komen yang mengatakan pasukannya salah memilih strategi ketika aksi Grand Prix Itali telah membuatkan dia tergelak besar.

Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan ketiga di bekalang dua pelumba Mercedes, Nico Rosberg serta Lewis Hamilton yang mendominasikan perlumbaan di Litar Monza itu.

"Saya ada mendengar komen sejurus perlumbaan tamat yang mengatakan satu perhentian adalah strategi tepat.

"Saya dan jurutera-jurutera pasukan hanya tergelak mendengar komen tersebut. Kamu perlu melindungi diri sendiri jika hanya pergi kepada satu perhentian.

"Kami menggunakan cara yang berlainan, kami lebih agresif. Jika pasukan saya membuat strategi yang sama dengan mereka, sudah pasti jentera kami akan lebih perlahan sebelas saat daripada yang dicatat sekarang. Jadi kami memilih strategi yang lebih laju," ujarnya.

Vettel yang menamatkan enam saat di depan Raikkonen merupakan satu-satunya pemandu Ferrari yang berada di podium ketika perlumbaan di litar sendiri.

"Kami semua sedar bahawa sangat sukar bersaing dengan pelumba Mercedes.

"Tetapi kami telah melakukan tugas yang baik dan meraih tempat ketiga dan keempat adalah pencapaian optimum setakat ini. Kami mempunyai strategi tersendiri, mempunyai tayar baharu yang dapat menyaksikan aksi pantas dan mampu bersaing," tambah Arrivabene.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Messi Dedah Punca Warnakan Rambut

Artikel Lain