suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ozil Idam Jersi No.10 Milik Wilshere

MESUT Ozil mencetuskan kekecohan selepas mendedahkan dia mahu mengambil alih jersi No.10 yang ditinggalkan Jack Wilshere semasa dia dipinjamkan ke Bournemouth.

"Ia percuma dan sudah pasti saya mahukannya," kata Ozil apabila ditanya mengenai jersi tersebut dalam satu temubual bersama akhbar Jerman, Express.

Pemain berusia 27 tahun itu turut menyarung jersi No.10 bersama skuad kebangsaan Jerman selepas Lukas Podolski mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa.

"Saya mahukan nombor ini bertahun lamanya sama seperti Lukas Podolski. Dan dia memperolehinya kerana mewakili negara lebih lama daripada saya. Kini ia milik saya.

"Nombor itu sesuai dengan saya dan kedudukan saya sebagai pemain utama dalam pasukan," katanya.

Malah, Ozil berkata nombor itu turut digemari beberapa pemain bintang seperti Zinedine Zidane, Diego Maradona dan Pele.

"Ketiga-tiga pemain itu menggunakan nombor tersebut di belakang mereka. Saya amat gembira kerana memperolehinya," kata Ozil.

Mesut Ozil, Arsenal, jersi No.10

Artikel Lain