suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka AS: Murray Bergelut Sebelum Mara

Andy Murray.

PEMAIN Britain, Andy Murray mara ke pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS) walaupun berdepan asakan sengit daripada Paolo Lorenzi dari Itali.

Murray melakukan 47 kesilapan dalam dua set pertama sebelum menang 7-6 (7-4) 5-7 6-2 6-3 ke atas pemain berusia 34 tahun itu.

Pemenang pingat emas Olimpik berusia 29 tahun itu akan berdepan Grigor Dimitrov pada pusingan 16 terakhir.

Murray yang sedang memburu gelaran pemain keempat mara dalam empat aksi final Grand Slam pada musim ini berada pada prestasi terbaiknya dalam dua set pertama tetapi terpaksa berusaha keras untuk mematikan serangan lawan.

"Saya berhenti bermain rali secara terburu-buru. Saya melakukan beberapa kesilapan mudah.

"Dia (Lorenzi) seorang pemain yang sangat kuat dan tidak memberikan mata mudah kepada anda," katanya.

Lorenzi memenangi kejuaraan ATP pada Julai lalu tetapi hanya memenangi dua perlawanan perseorangan Grand Slam dalam tempoh 13 tahun sebelum beraksi di Flushing Meadows.


Andy Murray, Terbuka AS

Artikel Sebelum

Terbuka AS: Serena Menang Mudah

Artikel Berikut

Artikel Lain