suria

Allardyce Akui Gementar Pimpin England Bertemu Slovakia

Sam Allardyce.

PENGURUS baharu England, Sam Allardyce mengakui beliau akan gementar apabila mengetuai skuad The Three Lions itu buat kali pertama pada aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Slovakia pada awal pagi Isnin.

Allardyce, 61, menghabiskan keseluruhan karier pengurusannya dalam Liga England dengan mengetuai Bolton Wanderers, Newcastle United, West Ham United dan Sunderland.

Namun tanggungjawab sebagai Pengurus England sentiasa menjadi sasaran untuk kemuncak kariernya.

Selepas dinamakan sebagai pengganti Roy Hodgson susulan prestasi hambar England pada kempen Euro 2016, Allardyce akan memenuhi tanggungjawab itu apabila mengambil alih tugasan skuad kebangsaan di Trnava.

"Saya fikir perasaan gementar pasti ada. Setiap tugasan baharu, anda akan gementar. Anda harap pemain akan memberikan yang terbaik.

"Saya akan berasa gementar pada peringkat awal. Sebaik sahaja perlawanan bermula, fokus beralih kepada perlawanan dan saya tidak dengar bunyi sorakan penonton di dalam stadium.

"Saya akan memikirkan cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan pasukan bagi membuat pertukaran yang saya perlukan," katanya.
Sam Allardyce, England, Slovakia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terbuka AS: Serena Menang Mudah

Artikel Lain