suria

Persahabatan Antarabangsa: Arsenal Kalahkan Man City, Liverpool Tewas, Chelsea, Southampton Menang

ARSENAL bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Manchester City 3-2 di Gothenburg dalam perlawanan persahabatan pra-musim terakhir mereka.

Raheem Sterling menjaringkan gol pembukaan, tetapi Alex Iwobi, Theo Walcott dan Chuba Akpom menjaringkan gol untuk The Gunners sebelum Kelechi Iheanacho menyumbat gol sagu hati kepada City.

Pemain pertahanan Arsenal Gabriel mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan ini.

Di tempat lain, Chelsea kehilangan John Terry yang turut mengalami kecederaan dalam kemenangan 4-2 ke atas Werder Bremen dan Liverpool tewas 4-0 kepada Mainz, sehari selepas menewaskan Barcelona dengan jaringan yang sama.

Eden Hazard dan Oscar membawa Chelsea mendahului 2-0 di Bremen sebelum Claudio Pizarro merapatkan kedudukan.

Diego Costa menjadikan kedudukan 3-1 sebelum separuh masa pertama sebelum Pedro menambah gol keempat.

Southampton menewaskan Athletic Bilbao 1-0 di St Mary, dengan Shane Long menjaringkan gol tunggal.

Artikel Lain