suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Hadiahkan Trofi Piala Perisai Komuniti Kepada Van Gaal

Pemain Manchester United Zlatan Ibrahimovic menjulang trofi kemenangan selepas pasukannya menang perlawanan Piala Perisai Komuniti menentang Leicester City di Stadium Wembley, London, awal pagi Isnin. -fotoAP
JOSE Mourinho menghadiahkan trofi Piala Perisai Komuniti yang dijulang Manchester United awal pagi Isnin kepada bekas pengurus kelab, Louis van Gaal.

Mourinho mengambil alih posisi Van Gaal di United selepas pengurus kelahiran Belanda itu memberi keputusan hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu malah turut gagal untuk bersaing dalam aksi Liga Juara-Juara musim depan.

Kejayaan pertama Mourinho di United itu hadir selepas menewaskan juara EPL, Leicester City 2-1 di Stadium Wembley awal pagi ini.

Pada aksi tersebut, United berjaya membuka jaringan awal menerusi pemain muda Jesse Lingard pada minit ke-32 permainan.

Namun, The Foxes tidak mudah mengalah dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-52 melalui pemain berbisa mereka, Jamie Vardy.

Bagaimana pun, keputusan menang berpihak kepada United apabila pemain bintang Paris Saint Germain (PSG) Zlatan Ibrahimovic mula menunjukkan taringnya pada aksi kompetitif pertamanya bersama United apabila menjaringkan gol kemenangan tujuh minit sebelum masa perlawanan sebenar berakhir.

Artikel Lain