suria

SAM Mahu Pihak Berkuasa Siasat Jurugambar Dipukul

Keaddan kecoh di Stadium Perak pada Sabtu malam.

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) mahu pihak berkuasa melakukan penyiasatan rapi berhubung insiden serangan ke atas seorang jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang dilaporkan diserang selepas berakhirnya aksi Liga Super di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Perak, Ipoh,  Sabtu malam.

Setiausaha Agung SAM Faisal Jamal dalam satu kenyataan menjelaskan selaku badan yang menaungi pengamal-pengamal media sukan di Malaysia, tindakan itu seolah-olah mencabuli undang-undang negara yang turut melibatkan pihak-pihakberkecuali seperti wartawan dan jurufoto. 

Untuk pengetahuan, pengamal media sukan mempunyai kredibiliti yang amat tinggi untuk memastikan segala informasi sampai dengan tepat kepada pembaca dan penonton.

Tindakan seperti yang berlaku semalam jelas menghalang tugas-tugas pengamalmedia sukan apatah lagi apabila melibatkan kecederaan dan kehilangan peralatan pekerjaan sehingga menjejaskan tugas untuk menyampaikan maklumat," katanya.

Faisal menjelaskan SAM turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulanminoriti yang boleh mengajak orang lain untuk turut sama melakukan keganasan.

Sehubungan itu, SAM  berharap agar semua persatuan bola sepak negeri dapat memantau kumpulan-kumpulan penyokong mereka dan memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang melibatkan pengamal media sukan lain mahupun kepada orang awam. 

"Persatuan bola sepak negeri juga perlu mengambil tanggung jawab penuh sekiranya berlaku insiden seperti semalam yang menggugat keselamatan awam," tegas Faisal.

Beliau memaklumkan SAM mencadangkan agar pihak keselamatan dapat meningkatkan lagi keselamatan stadium dalam perlawanan-perlawanan tertentu termasuk melakukan penguatkuasaan dengan lebih tegas bagi memastikan institusi keselamatan negara di hormati dan tidak dipermainkansewanang-wenangnya.

Supian Ahmad dilaporkan cedera di muka dan tangan selepas diserang penyokong bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berakhirnya perlawanan itu.-Bernama

Jurugambar dipukul, SAM, JDT, Perak

Artikel Lain