suria

Serena Ambil Masa 48 Minit Tewaskan Vesnina

Serena Williams.

SERENA Williams menewaskan Elena Vesnina dalam masa 48 minit untuk mara ke final Wimbledon, malam Khamis.

Pemain No.1 dunia itu menang dengan 6-2, 6-0.

Serena hanya mengambil masa selama 28 minit untuk menundukkan Vesnina pada set pertama manakala 20 minit di set kedua.

Pemain No.50 dunia itu beraksi dalam semi final kejohanan utama yang pertama disertainya.

Hasrat Serena untuk bertemu dengan kakaknya, Venus di final tidak kesampaian apabila kakaknya itu tewas kepada Angelique Kerber di Centre Court dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Venus tewas 6-4, 6-4.

"Ia bukan perlawanan mudah dan anda perlu berusaha mengutip setiap mata.

"Ia pelik, saya tak boleh percaya saya berentap di final semula," kata Serena.

Kemenangan pada Sabtu ini akan menyaksikan Serena menyamai rekod yang dicipta legenda Steffi Graf yang memenangi 22 kejuaraan grand slam.



Serena Williams, Wimbledon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain