suria

Liverpool Lanjutkan Khidmat Jurgen Klopp Hingga 2022

Klopp (tengah) bersama dua pembantunya iaitu Peter Kraweitz (kiri) dan Zelkjo Buvac.

JURGEN KLOPP menandatangani kontrak selama enam tahun bagi melanjutkan khidmatnya bersama Liverpool.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu dilantik sebagai jurulatih Liverpool pada Oktober tahun lalu sebelum ditawarkan pula kontrak jangka panjang oleh pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG).

Ketika tiba di Anfield, Klopp telah menandatangani kontrak hingga 2018, namun tawaran baru itu akan mengekalkan jurulatih kelahiran Jerman berkenaan sehingga 2022.

Selain Klopp, dua pembantunya, Zelkjo Buvac dan Peter Kraweitz juga dilanjutkan kontrak hingga 2022.

Tawaran tersebut dibuat selepas FSG berpuas hati dengan hasil kerja Klopp.

Sejak mengambil alih Liverpool pada 2010, FSG telah memecat tiga jurulatih yang dianggap gagal iaitu Roy Hodgson, Kenny Dalglish dan Brendan Rodgers.

Bagaimanapun tawaran kontrak jangka panjang itu membuktikan bahawa syarikat berkenaan telah menemui jurulatih yang dikehendaki untuk mengembalikan kegemilangan skuad tersebut.

Tawaran baru itu turut disertakan dengan kenaikkan gaji daripada £6 juta semusim kepada £7.5 juta semusim.

Klopp terkenal sebagai jurulatih yang berjaya mmengasah bakat muda kepada pemain bertaraf bintang dan rekod itu antara yang menarik menarik perhatian FSG untuk melanjutkan kontraknya.

Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain