suria

Roberto Mancini Calon Jurulatih England

BEKAS pengendali Manchester City, Roberto Mancini sedia mengisi kekosongan jurulatih England yang ditinggalkan Roy Hodgson.

Jurulatih Inter Milan itu dikatakan individu yang memenuhi kriteria FA England untuk mengisi jawatan kosong berkenaan.

Jurulatih kelahiran Itali itu berjaya mambawa City menjulang Piala Liga Perdana Inggeris empat musim lalu dan hanya berbaki kontrak selama setahun bersama Inter.

Selain pernah membimbing kelab di England sehingga menjuarai liga, Mancini juga fasih berbahasa Inggeris untuk memastikan dia memenuhi kriteria yang diperlukan.

Hodgson melepas jawatan sebagai pengendali England selepas skuad yang dipenuhi pemain bertaraf bintang itu ditunjuk jalan keluar daripada saingan Euro 2016 oleh pasukan kerdil, Iceland.

FA England juga dilapor telah berbincang dengan bekas ketua pasukannya seperti Gary Lineker, Rio Ferdinand dan Frank Lampard dalam usaha mencari jurulatih.

Daily Mirror melaporkan Harry Redknapp bukan calon pilihan sebaliknya hanya turut dipanggil untuk memilih jurulatih sesuai.

England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain