suria

Paul Pogba Akan Beritahu Juventus Untuk Berhijrah

PAUL POGBA dijangka akan memberitahu Juventus bahawa dia perlu meninggalkan Turin untuk menambah baik kariernya selepas pulang daripada mewakili Perancis untuk saingan Euro 2016.

Juventus yang akan meneruskan cabaran dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan dilaporkan enggan melepaskan Pogba meskipun menerima tawaran yang tinggi.

Setakat ini, Manchester United dijangka akan menawarkan sebanyak £106 juta walaupun Real Madrid juga akan tetap bersaing untuk mendapatkan pemain tengah berkenaan.

Juventus sebelum ini menolak tawaran bernilai £85 juta dan mahu Pogba sendiri menyuarakan keinginan untuk berhiijrah kerana tidak mahu dicemuh penyokong.

Kelab Itali itu juga kini sedang berusaha mempertahankan pertahanannya, Leonardo Bonucci daripada meninggalkan Turin.

Bonucci menjadi buruan Pep Guardiola yang merupakan pengendali baharu Manchester City selain dikehendaki bakal jurulatih Chelsea, Antonio Onte.

Selain mendapatkan pertahanan Itali itu, City juga berharap akan mendapatkan khidmat John Stones dari Everton dengan bidaan setinggi £85 juta. - Daily Mail

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain