suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Everton Akan Dibentuk Semula Dengan Pembelian Morgan Schneiderlin

RONALD Koeman mahu memulakan revolusi Everton dengan mendapatkan bekas anak didiknya, Morgan Schneiderlin dari Manchester United.

Pemain tengah itu merupakan anak didik Koeman di Southampton sebelum berhijrah ke United atas pilihan Louis Van Gaal.

Bagaimanapun Koemen yang baru dilantik sebagai pengendali Everton dilapor memerlukan Schneiderlin untuk menggerakkan bahagian tengah kelab itu pada musim depan.

Jurulatih kelahiran Belanda itu memerlukan pemain baharu selepas Gareth Barry mencecah usia 35 tahun dan akan mengakhiri kariernya manakala Muhamed Besic, James McCarthy dan Tom Cleverley gagal membuktikan kemampuan yang diperlukan.

Sebaliknya Schneiderlin dianggap mampu mengawal bahagian tengah dengan baik selain dapat memantapkan barisan pertahanan daripada dibocori pemain lawan.

Pemain Perancis berusia 26 tahun itu juga pernah menjadi pemain yang tidak akan dijual oleh Koeman, namun dia telah dilepaskan oleh kelab. - Daily Mirror

Manchester United, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Lain