suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayern Munich Intai Eric Dier

AKSI cemerlang Eric Dier telah menarik perhatian Bayern Munich untuk mendapatkan pemain England itu.

Pemain tengah pertahanan Tottenham itu menjadi pilihan pengendali England, Roy Hodgson pada aksi Euro kali ini dan peluang itu digunakan sebaiknya untuk Dier melakar namanya.

Memetik laporan Sunday people, Daily Mirror melaporkan, terdapat kakitangan pasukan Jerman telah membuat pemeriksaan mengenai Dier sejak beberapa hari lalu.

Beberapa pemain Bayern yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris juga dikatakan telah diminta memberi pandangan mengenai perwatakan Dier.

Pemain berusia 22 tahun itu mula menjadi perhatian selepas menjaringkan gol untuk England menerusi sepakan percuma ketika menentang Rusia.

Bagaimanapun bekas pemain Sporting Lisbon itu baru sahaja menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Tottenham pada musim lalu.

Oleh itu, Bayern mungkin perlu keluarkan kos yang terlalu tinggi jika ingin mendapatkan pemain berkenaan.

Bayern Munich

Artikel Lain