suria

Real Madrid Tidak Berpeluang Dapatkan Neymar - Bapa

BAPA bintang bola sepak Brazil, Neymar menegaskan Real Madrid tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan penyerang Barcelona itu.

Neymar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Real selepas ejennya, Wagner Ribeiro mendedahkan mendapat tiga tawaran dari kelab gergasi dunia.

Manchester United antara kelab yang mahukan khidmat Neymar untuk musim depan, namun kegagalan layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah bakal merencatkan usaha pasukan berkenaan.

"Peluang untuk mereka (Real) dapatkannya adalah sifar.

"Neymar hak Barcelona, sebarang perbincangan, permintaan atau formaliti perlu melalui Barcelona.

"Dia masih mempunyai kontrak dengan kelab itu dan mereka tahu apa yang sedang berlaku.

"Terdapat banyak spekulasi yang bercampur mengenai Neymar. Semua orang tahu bahawa banyak kelab yang ingin dapatkannya. Tetapi tiada yang mengakui Neymar telah berbincang dengan mereka.

"Neymar masih ada kontrak selama dua tahun di Barcelona. Dia patuh pada kontraknya dan gembira di Barcelona," jelas Neymar Sr kepada Fox Sport Brazil.

Barcelona, Real Madrid

Artikel Lain