suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bungkusan Mencurigakan Di Old Trafford Hanya Alatan Latihan

MANCHESTER: Bungkusan mencurigakan di Stadium Old Trafford hingga menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Bournemouth dibatalkan sebenarnya adalah peralatan latihan palsu, demikian menurut polis.

Dalam perkembangan sama, Polis Greater Manchester (GMP) mengesahkan pada lewat malam Ahad bahawa letupan terkawal telah dilakukan untuk memusnahkan alat berkenaan yang ditinggalkan di dalam tandas dekat Stretford End sejak Rabu lalu.

Penolong Ketua Konstabel GMP, John O'Hare berkata: "Selepas letupan terkawal dilakukan, kami mendapati alat berkenaan ialah perkakasan latihan yang secara tidak sengaja ditinggalkan oleh syarikat swasta selepas latihan membabitkan anjing pengesan bahan letupan.

"Alat ini bukanlah bahan letupan, ia dilihat seperti bahan letupan sebenar, dan keputusan untuk mengosongkan stadium adalah perkara yang seharusnya dibuat, sehingga kita benar-benar dapat memastikan orang ramai tidak berdepan risiko."

Liga Perdana Inggeris berkata, jadual perlawanan membabitkan aksi terakhir liga musim ini akan dilangsungkan pada Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain