suria

Verstappen Takluk Litar Catalunya

Verstappen menamatkan perlumbaan di Grand Prix Sepanyol di tempat pertama.

PELUMBA remaja sensasi Red Bull, Max Verstappen memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) pertamanya selepas mengungguli Grand Prix Sepanyol pada malam Ahad.

Pelumba berusia 18 tahun yang memulakan perlumbaan di petak keempat di Litar Catalunya itu memanfaatkan kemalangan membabitkan dua pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg seawal pusingan pertama untuk menguasai perlumbaan.

Menariknya, Verstappen berjaya mengawal tekanan apabila dicabar dua juara dunia dari pasukan Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastien Vettel untuk muncul pelumba terawal melepasi garisan perlumbaan dengan catatan 1 jam 41 minit 40.017 saat.

Raikonne menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan ketinggalan 0.616 saat manakala Vettel di kedudukan ketiga.

Kemenangan itu menyaksikan Verstappen kini memegang rekod pelumba termuda memenangi perlumbaan F1 menggantikan Vettel.

Vettel pernah dinobatkan pelumba termuda memenangi perlumbaan Grand Prix Toro Rosso pada usia 21 tahun pada 2008.

Dianggap sebagai pertama berharga dalam F1, Verstappen membuktikan dia mempunyai kualiti untuk bergelar juara dunia.

Namun beliau mengakui kemenangannya di Catalunya turut disebabkan strategi sempurna Red Bull.

Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo pula terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat, ketinggalan 43.9 saat di belakang Vettel.

"Ia perlumbaan yang menakjubkan, sukar untuk saya mempercayainya," kata bapa Verstappen, Jos yang juga bekas pelumba F1.

Pelumba Williams, Valtteri Bottas menamatkan perlumbaan di tempat kelima diikuti pelumba Toro Rosso, Carlos Sainz, Sergio Perez (Force India), Felipe Massa (Williams), Jenson Button (McLaren) dan Daniil Kvyat (Toro Rosso) melengkapkan kedudukan 10 terbaik.

Keputusan perlumbaan F1 GP Sepanyol 

1. Max Verstappen (NED) Red Bull-Renault, 1 jam 41 minit 40.017 saat (s) 

2. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari-Ferrari +0.6s 

3. Sebastian Vettel (GER) Ferrari-Ferrari +5.5s 

4. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull-Renault +43.9s 

5. Valtteri Bottas (FIN) Williams-Mercedes +45.2s 

6. Carlos Sainz Jr (ESP) Toro Rosso-Ferrari +61.3s 

7. Sergio Perez (MEX) Force India-Mercedes +1m 19.6s 

8. Felipe Massa (BRZ) Williams-Mercedes +1m 20.7s 

9. Jenson Button (GBR) McLaren-Honda +1 pusingan 

10. Daniil Kvyat (RUS) Toro Rosso-Ferrari +1 pusingan 

11. Esteban Gutierrez (MEX) Haas-Ferrari +1 pusingan 

12. Marcus Ericsson (SWE) Sauber-Ferrari +1 pusingan 

13. Jolyon Palmer (GBR) Renault-Renault +1 pusingan 

14. Kevin Magnussen (DEN) Renault-Renault +1 pusingan 

15. Felipe Nasr (BRA) Sauber-Ferrari +1 pusingan 

16. Pascal Wehrlein (GER) Manor-Mercedes +1 pusingan 

17. Rio Haryanto (INA) Manor-Mercedes +1 pusingan 

Gagal tamatkan perlumbaan:

Romain Grosjean (FRA) Haas-Ferrari 56 pusingan 

Fernando Alonso (ESP) McLaren-Honda 45 pusingan 

Nico Hulkenberg (GER) Force India-Mercedes 20 pusingan 

Nico Rosberg (GER) Mercedes-Mercedes 0 pusingan 

Lewis Hamilton (GBR) Mercedes-Mercedes 0 pusingan

Artikel Lain