suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doa Keluarga Iringi Nazrin Pada Final Piala FA

SHAH ALAM: Keluarga pemain sayap PKNS FC, Nazrin Syamsul Bahri yang hadir menyaksikan final Piala FA bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam berharap dia mampu meledak gol lawan malam ini.

Kira-kira 20 ahli keluarga Nazrin tiba di stadium pada pukul 4 petang dengan memakai jersi rasmi PKNS berwarna oren yang dicetak nama 'Nazrin' bagi memberi suntikan semangat kepada pemain serta pasukannya.

Bapanya, Syamsul Bahri berharap Nazrin mampu mempamerkan aksi terbaik, malah dapat menjaringkan gol.

"Saya yakin PKNS FC akan menang dengan keputusan 2-1. Kami semua berharap Nazrin menjadi salah seorang penjaringnya," katanya kepada mStar Online.

Bekas pemain Piala Presiden PKNS berusia 26 tahun ini antara tonggak utama skuad bimbingan E.Elavarasan dan sudah pasti peluang bermain di tempat sendiri akan digunakan sebaiknya.

Dalam pada itu, hujan lebat hampir sejam sejak pukul 4 petang akhirnya reda dan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan mula berarak masuk ke stadium. 

PKNS FC mara ke final Piala FA buat kali pertama selepas menang agregat 4-3 ke atas Perak pada aksi separuh akhir sebelum ini.


Artikel Lain