suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad Leicester City Terima Habuan Kereta Mercedes

PEMAIN-pemain kelab Leicester City yang baharu mengesahkan juara Liga Perdana Inggeris musim ini mendapat 'durian runtuh' apabila bakal menerima sebuah kereta Mercedes B-Class Electric Drive daripada pemilik kelab, Vichai Srivaddhanaprabha.

Ahli perniagaan dari Thailand itu dilaporkan akan menghadiahkan 30 buah kereta mewah kepada skuad Foxes yang mencipta sejarah liga perdana musim ini.

Sebuah Mercedes B-Class Electric Drive bernilai  £32,670 (RM189, 624) dan ini bermakna Srivaddhanaprabha berbelanja untuk membeli 30 buah kereta lebih kurang 1 juta pound (RM5.8 juta).

Malah jutawan itu juga turut menjanjikan akan menanggung segala perbelanjaan percutian skuad Claudio Ranieri  ke Las Vegas di atas kejayaan mereka ini.

Srivaddhanaprabha (kiri) bersama pengurus Foxes, Ranieri.



Srivaddhanaprabha percaya skuadnya layak menerima ganjaran mewah selepas mencipta kejayaan luar biasa musim ini.

Biarpun masih berbaki dua perlawanan (Everton dan Chelsea), Leicester City telah disahkan sebagai juara musim ini apabila meninggalkan pesaing terdekat Tottenham Hotspur dengan tujuh mata.

Malah Foxes dianggap pasukan 'underdong' menjadi perhatian dalam liga musim ini apabila buat kali pertama menjuarai trofi kejuaraan dalam tempoh 132 tahun.

Lebih membanggakan Srivaddhanaprabha, dua pemainnya iaitu Riyad Mahrez menerima anguerah PemainTerbaik PFA manakala penyerang sensasinya, Jamie Vardy dipilih Pemain Terbaik FWA musim ini.

Leicester City, habuan, merd

Artikel Lain