suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Europa: Klopp, Marcelino Sama-Sama Optimis

Juergen Klopp
LIVERPOOL perlu mengubah situasi ketika turun menentang Villarreal Sabtu ini bagi memastikan tiket untuk beraksi di final Liga Europa.

Pengurusnya, Juergen Klopp berkata kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kelab bimbingannya itu.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama di El Madrigal minggu lalu, Liverpool kalah 0-1 kepada Villarreal.

"Kalah 0-1 bukan tidak bermaksud Liverpool sudah tamat. Mereka masih ada peluang pada Jumaat ini untuk mengubah keadaan di Anfield.

"Kali terakhir kami bermain di Anfield dalam Liga Europa, The Reds berjaya mengubah situasi menjadi satu kemenangan dengan keputusan 4-3 ke atas Borussia Dortmund.

"Jika kami mengerahkan kemampuan terbaik, kami mampu layak ke final," kata Klopp memetik Soccerway.

"Para pemain memberikan banyak petunjuk positif kepada saya."

"Kami sudah bersedia. Apa yang kami lakukan sejak bulan Oktober adalah bersedia untuk perlawanan dan situasi seperti ini," kata jurulatih dari Jerman itu.

Sejak Klopp menerajui Liverpool, rekod kelab ini di Liga Europa adalah baik. Kekalahan ke atas Villarreal adalah kekalahan pertama mereka di Liga Europa bersama Klopp.

Sementara itu pengurus Villarreal, Marcelino Garcia yakin pasukannya mampu menyingkirkan Liverpool.

Dia bagaimanapun mengakui ada jurang pemisah antara pasukannya dengan The Reds.

Mengenai pemain, Marcelino tidak kisah tentang siapa yang akan diturunkan Klopp.
 
“Kami datang ke sini dengan penuh harapan dan kami akan memberikan segalanya. Tujuan utama kami untuk memberi persaingan dan kami rasa mampu untuk berdepan dengan cabaran ini. Kami rasa mampu ke final,” kata Marcelino memetik Express.
 
“Saya rasa kita akan melihat Liverpool yang berbeza. Mereka mungkin akan cuba memberi tekanan lebih tinggi.

“Kami tahu ia sukar untuk kami, tetapi saya yakin kami juga akan membuatkan tuan rumah sukar.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain