suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sandro Da Silva Lupa Kesakitan Demi Kedah

"DOKTOR meminta saya berehat kerana kerenggangan tulang belakang, tapi saya meminta Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe untuk memberi peluang kepada saya beraksi pada setiap perlawanan," kata pemain import Kedah dari Brazil Sandro Da Silva.

Pemain tengah itu berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap kecederaan yang dialaminya selepas dia masih diturunkan untuk membantu skuad Helang Merah dalam perlawanan sebelum ini.

Dia merupakan watak penting yang membantu Kedah dalam menjuarai Liga Premier musim lalu dan mengisi tempat ke slot final Piala Malaysia.

Menurutnya, kecederaan tulang belakang itu dialami ketika menentang Sarawak di Kuching dalam saingan Liga Super sebelum ini.

"Saya memang terasa sakit setiap kali bermain walaupun telah mengambil ubat dan diberi suntikan oleh pegawai perubatan.

"Bila saya berlari dan sepak bola kesakitan akan lebih dirasai, ia akibat kerenggangan di bahagian bawah tulang belakang.

"Saya bukan jenis pemain yang dapat berada di luar padang dan melihat rakan-rakan lain berjuang mendapat kemenangan, saya juga mahu membantu mereka dan mendapatkan tiga mata penuh," katanya kepada mStar Online.

Da Silva menambah, kejayaan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada perlawanan bertemu Sabah berjaya mengembalikan keyakinan dirinya tetapi nasib tidak mahu menyebelahinya dalam perlawanan selepas itu.

"Saya yakin ketika bertemu Johor DT (JDT) nanti saya dan rakan-rakan lain dapat melakukan yang terbaik dan mendapatkan kemenangan untuk penyokong.

"Di atas kertas memang JDT menjadi pilihan tetapi di atas padang kemampuan pasukan Kedah juga tidak boleh diragui. Apa pun kami akan berusaha mengikut corak yang ditentukan Cheng Hoe," ujarnya.

Kedah, Helang Merah, Sarawak, Johor

Artikel Lain