suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cari Penyelesaian Tingkat Prestasi Harimau Malaysia - Hai-O

MELAKA: Semua pihak perlu mencari penyelesaian bersama untuk meningkat ranking kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaysia, kata Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar.

Beliau berkata tindakan pihak tertentu yang hanya pandai mengemukakan komen tanpa mencari jalan penyelesaian amat dikesali dan perlu dihentikan dalam usaha meningkatkan prestasi dan mutu permainan skuad negara.

Katanya amat menghairankan apabila prestasi dan ranking Harimau Malaysia merosot tetapi pada masa sama kelab Liga Malaysia seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) menunjukkan prestasi amat baik terutama ketika menjulang Piala AFC tahun lepas.

"Memang kita sedar, kita akui kemerosotan ranking kita. Kemerosotan pasukan kebangsaan kita sekarang ini makin jatuh tetapi mereka bertanggungjawab sepatutnya mencari idea atau memikirkan kaedah terbaik membangunkan semula bola sepak," katanya kepada pemberita pada Ahad malam.

Beliau yang merupakan pemain Terengganu dan bekas pemain kebangsaan ditemui selepas perlawanan antara Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang  berkesudahan PDRM menang 3-1.

Harimau Malaysia kini dilapor berada pada ranking ke-174 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sebaris dengan pasukan Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Hairuddin berkata sudah tiba masanya penumpuan serta fokus diletakkan pada sukan bola sepak dan tidak hanya melihat kepada sukan berprestasi tinggi yang sudah meletakkan Malaysia di ranking tertinggi dunia seperti badminton.

"Pihak bertanggungjawab dalam industri bola sepak negara perlu mengkaji dan melihat permasalahan yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti industri bola sepak negara," katanya.

Harimau Malaysia, PDRM, Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Maaf Malaysia" - Super KIP

Artikel Lain