suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tewas 3-0: Van Gaal Dikutuk Pelbagai Pihak

KREDIBILITI Louis Van Gaal sebagai antara jurulatih terbaik dunia semakin tercalar selepas dikutuk teruk oleh pelbagai pihak menerusi laman sosial berikutan kekalahan 3-0 Manchester United kepada Tottenham.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris itu, United tewas 3-0 dalam tempoh enam minit hasil jaringan Dele Alli, Toby Alderweireld and Erik Lamela.

Antara yang mengutuk taktikal Van Gaal ialah pengulas televisyen, kelab penyokong dan portal sukan.

Mereka menyifatkan jurulatih kelahiran Belanda itu melakukan taktikal bodoh apabila menggunakan Ashley Young sebagai penyerang utama.

Ini kerana Young sering beraksi sebagai pemain sayap dan pernah juga diturunkan sebagai pemain pertahanan.

Pihak yang mengutuk Van Gaal turut kecewa kerana kekalahan itu bukan sahaja memalukan tetapi akan mengagalkan kelab tersebut untuk beraksi di Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.



Manchester United, Tottenham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain