suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Tewas 0-3 Kepada Tottenham

Aksi Erik Lamela semasa menjaringkan gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Spur dan Manchester United di White Hart Lane, London, awal pagi Isnin. Foto Reuters

MANCHESTER United tewas kepada Tottenham 0-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, London, awal pagi Isnin.

Tiga gol kemenangan pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Dele Alli pada minit ke-70, Toby Alderweireld (74') dan Erik Lamela (76').

Prestasi Tottenham agak luar biasa apabila ketiga-tiga gol berkenaan hanya dicatatkan dalam tempoh enam minit.

Kemenangan Tottenham merapatkan jurangnya dengan Leicester City yang kini berada pada kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Tottenham memperoleh 65 mata, manakala Leicester City dengan 72 mata.

Bagi Manchester United, pasukan itu masih berada di kedudukan kelima dengan 53 mata.

Ia tertinggal empat mata bagi menyamai kedudukan dengan Manchester City di tangga keempat.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain