suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Benam Aston Villa 4-0, Pato Sumbat Gol Aksi Pertama

Pato teruja selepas menjaringkan gol pada penampilan pertama bersama Chelsea.

ASTON Villa mencatat kekalahan ketujuh berturut-turut selepas tewas 4-0 kepada Chelsea di Villa Park pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Dengan hanya 16 mata keseluruhan daripada 32 perlawanan liga setakat ini, Aston Villa yang dibimbing Remi Garde berada di tangga terakhir liga sekaligus berdepan dengan penyingkiran.

Pada aksi tersebut, pasukan pelawat mudah meraih jaringan gol pertama menerusi Ruben Loftus-Cheek minit ke-26 manakala Alexandre Pato menyumbat gol kedua pada minit terakhir sebelum babak pertama tamat.

Pato,26, yang diikat pada Januari lalu dari Corinthians diberi peluang beraksi buat kali pertama menggantikan Loic Remy pada minit ke-23 dan terus mencatat nama sebagai salah seorang penjaring.

Pemain The Blues, Pedro menggunakan peluang dari aksi hambar Aston Villa dengan menjaringkan dua gol minit ke-46 dan 59' sekaligus melengkapkan kemenangan selesa skuad bimbingan Guus Hiddink itu.

Chelsea, Aston Villa

Artikel Lain