suria

ARRC: Azlan Raih Kemenangan Berganda di Pusingan Pertama

Azlan (depan) menguasai perlumbaan Pusingan 1 ARRC di Litar Johor, Sabtu.

PETALING JAYA: Azlan Shah Kamaruzaman sekali lagi memperaga aksi cemerlang apabila berjaya meraih kemenangan berganda setelah muncul juara Perlumbaan 2 SuperSports 600cc pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Johor, Pasir Gudang, Sabtu.

Namun, kemenangan pelumba Bike ART Racing Kawasaki itu tidak semudah Perlumbaan 1 pada Jumaat apabila sekadar di belakang Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) di sepanjang perlumbaan sebelum pelumba itu melakukan kesilapan pada pusingan terakhir sekaligus memberi ruang kepada Azlan untuk menamatkan perlumbaan sebagai juara. 

Azlan menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa 24’56.627s manakala Zaqhwan sekadar di tangga ketiga dengan masa 24’57.777s.

Rakan sepasukan Zaqhwan, Yuki Takahashi yang menamatkan perlumbaan di tangga kedua dengan masa 24’57.612s. 

“Perlumbaan hari ini lebih susah. Zaqhwan beraksi dengan baik dan tidak banyak memberikan peluang untuk saya memintas. Saya hanya mengekori Zaqhwan dan pada masa sama cuba memberikan tekanan di belakang sambil cuba mengawal tayar sebaik mungkin kerana cuaca yang sangat panas. Peluang terbuka apabila Zaqhwan melakukan kesilapan pada saat-saat akhir perlumbaan,” jelas Azlan yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata. 

Tambah Azlan, “Saya sangat gembira dengan dua kemenangan ini. Kerjasama seluruh ahli pasukan dan juga sokongan Kawasaki adalah faktor utama kemenangan ini.” 

Zaqhwan yang turut menamatkan perlumbaan pertama di tempat ketiga mengekori Azlan di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 32 mata diikuti Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NTS) ketiga, 31 mata. 

Sementara itu, saingan Asia Production 250cc (AP250) mengulangi keputusan Perlumbaan 1 apabila trio Yamaha Thailand Racing Team sekali lagi menguasai pentas podium. 

Apiwat Wongthananon sekali lagi muncul juara setelah menamatkan perlumbaan dengan masa 21’26.861s diikuti Peerapong Loiboonpeng, 21’27.112s dan Anupab Sarmoon ketiga, 21’27.269s. 

Kemenangan berganda meletakkan Apiwat di tangga teratas keseluruhan dengan 50 mata diikuti Peerapong, 40 mata dan Anupab, 32 mata. 

Saingan Underbone 130cc menjadi milik  Md Izzat Zaidi Salehan (RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang) dengan masa 15’32.282s diikuti Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) kedua, 15’32.420s dan Iqbal Amri Malek (Felda PB Racing) ketiga, 15’32.455s. z

Md Izzat Zaidi menguasai kedudukan keseluruhan dengan 45 mata diikuti pemenang Perlumbaan 1, Md Amirul Ariff Musa (T. Pro Yuzy Honda NTS) dengan 36 mata dan Norizman ketiga, 30 mata.  

Keputusan Perlumbaan 2 SuperSports 600cc
 

1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) 24’56.627s

2. Yuki Takahashi (JPN) 24’57.612s

3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 24’57.777s

4. Gerry Salim (INA) 24’57.815s

5. Tomoyoshi Koyama (JPN) 24’59.029s 

Kedudukan Keseluruhan

1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) 50 mata

2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 32 mata

3. Tomoyoshi Koyama (JPN) 31 mata

4. Yuki Takahashi (JPN) 27 mata

5. Dimas Ekky Pratama (INA) 22 mata 

Anugerah Berpasukan

1. BikeA RT Racing Kawasaki 50 mata

2. Musashi Boon Siew Honda Racing 36 mata

3. T. Pro Yuzy Honda NTS 31 mata

4. Astra Honda Racing Team 26 mata

5. AP Honda Racing Thailand 17 mata 

Asia Production 250cc

1. Apiwat Wongthananon (THA) 21’26.861s

2. Peerapong Loiboonpeng (THA) 21’27.112s

3. Anupab Sarmoon (THA) 21’27.269s

4. Galang Hendra Pratama (INA) 21’27.632s

5. Suhathai Chaemsap (THA) 21’28.014s 

Kedudukan Keseluruhan

1. Apiwat Wongthananon (THA) 50 mata

2. Peerapong Loiboonpeng (THA) 40 mata

3. Anupab Sarmoon (THA) 32 mata

4. Yusuke Nakamura (JPN) 23 mata

5. Galang Hendra Pratama (INA) 21 mata 

Anugerah Berpasukan


1. Yamaha Thailand Racing Team 50 mata

2. Akeno Speed WJR Racing Team 23 mata

3. YSS NJT Honda Racing 21 mata

4. Yamaha Racing Indonesia 21 mata

5. TRICKSTAR Racing 20 mata 

Underbone 130cc

1. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) 15’32.282s

2. Norizman Ismail (MAS) 15’32.420s

3. Iqbal Amri Malek (MAS) 15’32.455s

4. Md Adib Rosley (MAS) 15’32.720s

5. Md Amirul Ariff Musa (MAS) 15’32.777s 

Kedudukan Keseluruhan


1. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) 45 mata

2. Md Amirul Ariff Musa (MAS) 36 mata

3. Norizman Ismail (MAS) 30 mata

4. Iqbal Amri Malek (MAS) 23 mata

5. Florianus Roy Brilyan (INA) 23 mata 

Anugerah Berpasukan


1. RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang 45 mata

2. T. Pro Yuzy Honda NTS 36 mata

3. Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 33 mata

4. UMA Racing Yamaha Maju Motor 23 mata

5. FELDA PB Racing 23 mata 

Artikel Lain