suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Windy City: Wee Wern Tersingkir Awal

KUALA LUMPUR: Kecederaan lutut yang masih membelenggupemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern jelas memberi kesan kepadanya apabila gagal melepasi aksi pusingan pertama Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Pemain berusia 25 tahun dari Pulau Pinang itu tewas 11-7, 10-12, 9-11, 12-14 kepada Joey Chan dari Hong Kong dalam pertarungan selama 65 minit.

"Lutut saya mula sakit pada set keempat menyebabkan saya terpaksa berhati-hati dengan kecederaan itu...sekali gus menyebabkan fokus saya hilang," kata Wee Wern yang dipetik dalam laman sesawang kejohanan itu, windycityopen.ussquash.com.

Sementara itu, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan Delia Arnold akanberaksi dalam perlawanan pusingan kedua mereka awal pagi Ahad.

Nicol yang juga pemain nombor dua dunia akan menentang Sarah-Jane Perry manakala Delia pula berdepan pemain Mesir, Nour El Sherbini. 

Terbuka Windy City, Low Wee Wern

Artikel Berikut

TMJ Bertemu Presiden PSG Di Doha

Artikel Lain