suria

TMJ Bertemu Presiden PSG Di Doha

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Presiden kelab ternama liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi untuk membincangkan tentang masa depan bola sepak Johor.

Menurut posting di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Sabtu, pertemuan itu diatur sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kerja Tunku Ismail untuk pembangunan bola sepak di Johor.

"Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi pada 26hb Februari 2016 di Doha, dalam rangka lawatan kerja baginda demi pembangunan bolasepak negeri Johor.

"Pertemuan tersebut yang memberi kesan positif buat projek bola sepak Johor Darul Ta'zim dan sekaligus membuka pintu dan peluang bekerjasama untuk masa yang akan datang," menurut posting itu.
TMJ, PSG, Tunku Ismail, Nasser Al-Khelaifi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain