suria

Vaan Gaal Anggap Laporan 'Mourinho Dan United' Adalah Skandal

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal melabelkan laporan mengenai Jose Mourinho bakal menggantinya adalah skandal semata-mata.

Pengurus kelahiran Belanda itu terus mendapat kritikan biarpun United menunjukkan progres yang baik dengan mara ke suku akhir Piala FA, dan layak beraksi dalam 16 pasukan Liga Europa.

Sejak beberapa bulan lalu, Mourinho dikaitkan dengan United namun Van Gaal tidak terkejut dengan laporan itu.

"Banyak perkara yang diberitahu Mourinho. Tetapi dia tidak perlu memberitahu segalanya kepada saya. Saya dapati semua ini adalah tidak masuk akal.

"Saya juga tidak mahu United melakukan sesuatu. Malah saya tidak mahu mereka memberi reaksi kepada laporan yang saya baca di media atau sengaja direka.

"Buat masa sekarang saya dan kelab tidak akan membantu media untuk menafikan apa sahaja.

"Saya rasakan apa yang berlaku sekarang adalah skandal."

Artikel Sebelum

Artikel Lain