suria

Klopp Kecewa Pemain Gagal Guna Peluang Gol

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp ternyata kecewa apabila skuadnya banyak melepaskan peluang gol, namun tetap berpuas hati dengan kemenangan 1-0 ke atas Augsburg dalam aksi Liga Europa, awal pagi Jumaat.

Jaringan penalti pada minit kelima oleh James Milner memberi kemenangan tipis biarpun mereka lebih mendominasi permainan.

Pemain-pemain The Reds gagal memecah kebuntuan selepas percubaan mereka diselamatkan penjaga gol lawan Marwin Hitz.

"Jika kamu gagal membuat keputusan gol lebih awal, inilah yang akan berlaku.

"Selepas 70 minit kami beraksi lebih baik tetapi gagal membaca permainan mereka sehingga memberi debaran dengan sepakan percuma mereka.

"Kami memang layak menang kerana bermain lebih baik, mencipta banyak peluang gol tetapi ada satu masalah iaitu tidak menggunakan peluang itu.

"Malah kami gagal mengawal permainan dalam tempoh 20 minit terakhir dan ia sangat sukar. Bagaimanapun kami layak ke pusingan seterusnya.

"Selepas tamat perlawanan menang, saya dapati tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku kepada pemain," jelasnya.

Klopp menarik nafas lega apabila tiada pemain-pemainnya terlibat dengan sebarang kecederaan kerana mereka berdepan dengan misi penting Ahad ini.

Liverpool bakal berdepan dengan Manchester City bagi perebutan akhir trofi juara Piala Liga Ahad ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain