suria

Liga Super: Tiago Optimis Bertemu PDRM Sabtu Ini

PETALING JAYA: Selepas mengharungi dua aksi Liga Super musim ini, pasukan Pulau Pinang dilihat semakin memahami rentak permainan yang dipamerkan setiap lawannya.

Pengendali skuad Harimau Kumbang dari Brazil, Jacksen F.Tiago berkata, tiga perkara penting yang sentiasa perlu bersedia ialah menang, seri dan kalah.

"Apa pun yang terjadi kita perlu menerima hakikatnya. Jika kalah, kita perlu terus perbaiki manakala jika menang kita cuba jadikan lebih baik.

"Setakat ini, skuad saya berada dalam keadaan yang baik dan optimis walaupun beberapa pemain mengalami kecederaan termasuk Mohd Faiz Subri.

"Faiz memerlukan rehat sekurang-kurangnya dua minggu dan sudah tentu dia tidak akan beraksi pada perlawanan bertemu PDRM Sabtu ini di Melaka.

"Pun begitu saya tidak risau kerana posisinya akan diganti dengan pemain-pemain yang boleh dipercayai," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Mengenai perlawanan  ketiga Liga Super bertemu PDRM Sabtu ini di Stadium Hang Jebat, Tiago mengakui perlu berhati-hati.

"Pasukan PDRM antara pasukan yang mampu memberi saingan. Sudah tentu saya juga sudah menilai dan membuat persediaan rapi berdepan dengan pasukan itu.

"Lain pasukan, lain corak permainannya. Jadi saya harapkan kami mampu mencatat mata penuh nanti," tambahnya.

Sebagai rekod, skuad Harimau Kumbang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang dan tewas 0-1 kepada Terengganu pada aksi sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain