suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Conte Tiba Di London Bincang Tugas Di Chelsea

ANTONIO Conte bakal tiba di London minggu ini bagi perbincangan lanjut mengenai jawatan pengurus di Stamford Bridge musim depan.

Pengurus dari Itali itu mengetuai barisan pencalonan jurulatih di Chelsea mengambil alih tugas sementara Guus Hiddink musim depan.

Bekas pengurus Juventus itu dilihat begitu serius untuk bertugas bersama skuad The Blues secepat mungkin.

Conte dilaporkan meminta kontrak tiga tahun bernilai  £6 juta pound (RM35.18 juta) bagi satu musim.

Dan penasihatnya berharap keputusan perbincangan akhir ituakan diketahui hujung minggu ini.

Bagaimanapun, jaminan Conte untuk menguruskan skuad Chelsea belum pasti memandangan pemilik kelab, Roman Abramovich masih menilai lanskap pengurusannya.

Conte merancang untuk membawa masuk pemain tengah Roma, Radja Nainggolan serta Paul Pogba sekiranya dia berjaya menambat hati Abramovic bagi menguruskan skuad Chelsea.

Antonio Conte, Juventus, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain