suria

Icardi Dalam Radar Mourinho

Mauro Icardi.

BAKAL pengendali Manchester United, Jose Mourinho berusaha untuk mendapatkan khidmat penyerang Inter Milan, Mauro Icardi ke Old Trafford.

Namun menurut laporan Tuttosport, Mourinho dikatakan membelanjakan sekitar 40 juta euro (RM186 juta) untuk mendapatkan Icardi.

Pemain berusia 23 tahun itu turut mencuri tumpuan beberapa kelab terkemuka Eropah selepas menjaringkan 47 gol dalam 95 penampilan bersama The Nerazzurri.

Spekulasi bahawa Icardi menjadi sasaran utama Mourinho pada musim ini semakin hangat diperkatakan.

Namun, laporan di Itali mendakwa Inter enggan melepaskan aset berharga pasukan itu melainkan jika terdapat mana-mana kelab sanggup mengemukakan tawaran sekitar RM186 juta.

Jose Mourinho, Mauro Icardi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain