suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelab China Tawar RM603 Juta Untuk United Lepaskan Rooney

WAYNE Rooney menjadi perhatian untuk tawaran 100 juta pound (RM603 juta) sebagai tarikan pemain Manchester United itu berpindah ke China musim panas ini.

United dilaporkan menerima bidaan 27 juta pound (RM163 juta) dari kelab Liga Super China yang dipercayai Shanghai Shenua untuk mendapatkan Rooney dari England hujung musim ini.

Mereka turut menyediakan tawaran gaji kepada kapten United itu sebanyak 500,000 pound seminggu (RM3.1 juta) bagi perjanjian 3 tahun, malah kelab China itu bersedia untuk bersaing mendapatkan penyerang itu.

Dengan baki kontrak dua tahun lagi selepas 12 tahun bersama United, ia mungkin menjadi tarikan jika mereka ingin mendapatkan kembali jumlah yang dibayar kepada Everton ketika mendapatkan Rooney sewaktu ramaja dahulu.

Kelab China itu mahu menggunakan Rooney bagi saingan Liga Super dan bersedia untuk membayar pemain itu £75  juta bagi tempoh tiga tahun.

Beberapa kelab Liga Super China telah berbelanja besar sejak akhir-akhir ini dengan mendapatkan pemain di kelab-kelab Eropah.

Bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson yang kini membimbing Shanghai SIPS berkata: "Cepat atau lambat kita akan melihat nama-nama besar seperti Ronaldo, Messi dan Rooney dalam liga ini".

Sebagai rekod, bintang Chelsea Ramires telah menyertai Jiangsu Suning dengan nilai  £25 juta, dan penyerang Atletico Madrid Jacksen Martinez menyarung jersi Guangzhou Evergrande bernilai £32 juta.

Wayne Rooney, Liga Super China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain