suria

Liga Europa: Man United Tewas 1-2 Kepada Midtjylland

Aksi pemain FC Midtjylland, Pione Sisto (kanan) ketika dicabar pemain Manchester United Ander Herrera dalam saingan Liga Europa, awal pagi Jumaat.
MANCHESTER United kalah 1-2 kepada tuan rumah FC Midtjylland dalam pertandingan pertama peringkat 32 pasukan terakhir saingan Liga Europa di MCH Arena Denmar, awal pagi Jumaat.

United unggul terlebih dahulu pada minit ke-37 menerusi gol Memphis Depay.

Namun, tuan rumah Midtjylland tidak mahu mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44 jaringan Pione Sisto.

Masuk babak kedua, tuan rumah mendahului skor dengan gol sumbangan Paul Onuachu pada minit ke-77. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Manchester United tampil tanpa kapten Wayne Rooney yang cedera, juga tanpa penjaga gawang utama David de Gea yang juga mengalami kecederaan. De Gea dikhabarkan cedera ketika melakukan latihan sebelum bermulanya perlawanan.

Kekalahan 1-2 ini masih membuka peluang bagi United untuk mara ke babak berikutnya jika mampu menang 1-0 ke atas Midtjylland pada pertandingan kedua di Old Trafford.

Artikel Sebelum

Keputusan Tenis Terbuka Rio

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain