suria

United Pertimbang Tawaran Kelab Liga Super China Terhadap Rooney

SEBUAH kelab terkaya yang beraksi dalam Liga Super China menawarkan bidaan kepada Manchester United untuk mendapatkan khidmat kapten pasukan itu, Wayne Rooney.

Manchester Evening News mendakwa United telah menerima surat bidaaan secara rasmi walaupun Rooney disahkan akan berehat selama enam hingga tujuh minggu.

Portal tersebut turut mendakwa United sedia melepaskan Rooney sekiranya mereka mendapatkan lampu hijau untuk mendapatkan mana-mana pemain bagi mengisi kekosongan tersebut.

Difahamkan Rooney bakal menerima gaji sebanyak 500,000 pound seminggu (RM2.9 juta).

Jendela perpindahan pemain di China masih belum ditutup sehingga minggu depan tetapi Rooney difahamkan boleh meninggalkan Old Trafford sebelum musim panas.

Walaupun penyerang berbisa itu cuba untuk memulihkan prestasinya sejak beberapa tahun lalu, Rooney masih mencipta nama di peringkat global.

"Di sebalik prestasi tidak menentunya, dia masih lagi kekal sebagai pemain paling dikehendaki di kelab tersebut kerana kejayaan di Old Trafford.

"Dia masih kekal sebagai pemain paling dikehendaki penaja United untuk memasarkan jenama mereka. Penaja jersi Chevrolet menggunakan Rooney dalam video mereka yang menjadi viral baru-baru ini.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward minggu lalu mendedahkan bahawa China merupakan pasaran berguna kepada mereka untuk menjual mana-mana pemain kelab tersebut.

Pada minggu lalu, bekas pengurus England, Sven Goran Eriksson yang kini bertugas sebagai pengurus di Shanghai Shenhua berkata perpindahan pemain seperti Rooney, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi hanya menunggu masa sahaja untuk direalisasikan.


Wayne Rooney, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain