suria

Man United Sedia Bayar £60 Juta Untuk Aubameyang

MANCHESTER United mahu memecah kebuntuan mendapatkan pemain bertaraf bintang dengan menandatangani Pierre-Emerick Aubameyang sebelum Liga Perdana Inggeris musim depan bermula.

Ketua Eksekutif United, Ed Woodward dilapor mahu menjadi penyerang Borussia Dortmund itu sebagai pemain pertama yang tiba di Old Trafford pada musim panas ini.

Walaupun sedang 'berperang' untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah ketika ini namun United yakin dapat membawa Aubameyang pada akhir musim ini.

Kelab gergasi England itu dilapor sedia membelanjakan sebanyak £60 juta, dan memberikan gaji sebanyak £200,000 seminggu kepada pemian tersebut.

Tawaran termasuk mahu menjadikan pemain berkenaan sebagai bintang telah diperjelaskan kepada ejennya.

Old Trafford kini akan meneruskan usahanya untuk memburu pemain bertaraf bintang sebagai persediaan menghadapi Liga Perdana Inggeris musim depan.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain