suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terry Terlepas Aksi Menentang PSG

Terry ditukar dengan pemain lain pada minit ke-38 selepas bergelut dengan kecederaan hamstring, malam Sabtu lalu.

PEMAIN pertahanan Chelsea, John Terry tidak akan diturunkan menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi pertama kelompok 16 pasukan terakhir kerana bergelut dengan kecederaan hamstring.

Kapten Chelsea itu masih belum menandatangani kontrak baharu di Stamford Bridge.

Pemain tengahnya, Oscar pula berlepas ke Paris bersama pengurus sementara Guus Hiddink untuk perlawanan di Parc des Princes pada awal pagi Rabu.

Oscar diketepikan ketika Chelsea menewaskan Newcastle United 5-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu lalu.

Chelsea mengesahkan Oscar menyertai skuad untuk aksi getiri itu selepas menjalani latihan di Cobham pada pagi Isnin.

Malah kelab tersebut turut menyenaraikan Matt Miazga dan pemain berusia 18 tahun, Jake Clarke-Salter.

Pemain kebangsaan Brazil, Pato tidak diturunkan kerana masih belum berada pada pretasi terbaik.

Ketiadaan Terry amat dirasai Chelsea selepas Kurt Zouma turut berehat panjang dan Nemanja Matic digantung perlawanan.

Terry dilihat berjalan dalam keadaan terhincut-hincut pada minit ke-38 ketika menentang Newcastle, Sabtu lalu akibat kecederaan hamstring.


John Terry, Chelsea, hamstring

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain