Pesanan Tan Cheng Hoe Untuk Pemain Kedah - Sukan | mStar

Pesanan Tan Cheng Hoe Untuk Pemain Kedah

"JANGAN sia-siakan peluang yang ada jika mahu menang," demikian nasihat Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe kepada barisan pemain menjelang perlawanan bertemu Terengganu di Stadium Darulaman malam ini.

Menurutnya, barisan pemain skuad hijau kuning juga perlu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mendapatkan tiga mata penuh atau kemenangan pertama dalam Liga Super musim ini.

Jelas Cheng Hoe, pemain sebelum ini telah beraksi seperti yang dirancang namun gagal mencipta kemenangan kerana mensia-siakan peluang di hadapan gol.

"Corak permainan barisan pemain adalah betul seperti yang diterapkan tetapi kegagalan ketika berada di depan gol membuatkan kita tewas.

"Pemain perlu mengekalkan rentak permainan ketika bertemu Terengganu, tetapi mereka juga harus mangakhiri serangan dan usaha dengan jaringan gol demi mamastikan kemenangan dapat dicapai.

"Lupakan kekalahan lalu dan beri perhatian untuk mencapai kemenangan malam ini. Khususnya kepada lebih  30,000 peminat setia yang bakal memenuhi Stadium Darulaman," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, kini sudah tiba masa untuk barisan pemain membalas budi baik pihak pengurusan dan pegawai Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang yakin dengan kewibawaan mereka.

"Lawan kita, Terengganu telah membuktikan keupayaan mereka dengan mengatasi Pulau Pinang 1-0 pada perlawanan sulung dan ini perlu membuka mata kesemua pemain untuk mempamerkan aksi terbaik sepanjang 90 minit perlawanan.

"Jangan lakukan kesilapan yang memberi kelebihan kepada lawan untuk menghasilkan gol. Beraksilah dengan disiplin yang tinggi untuk merobek gawang lawan," ujarnya.

Kedah kini menghuni kedudukan terakhir Liga Super selepas tewas dalam perlawanan pertama, namun kedudukan itu bakal berubah jika mereka berjaya menewaskan Terengganu.

Kedah , Terengganu , Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terry Terlepas Aksi Menentang PSG

Artikel Berkaitan

Liga Super: Perak-Kedah Kongsi Mata

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain