suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuah Stadium Baharu: Felda United Tewaskan Kedah 2-0

Penyerang Kedah, Ahmad Fikri Saarani (tengah) menanduk ke arah pintu gol ketika menentang Felda United pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada Sabtu malam. Kedudukan penuh Felda United 2-0 Kedah. -fotoBERNAMA

FELDA United memulakan aksi Liga M di stadium baharunya dengan langkah kanan apabila menewaskan Kedah 2-0 pada Sabtu malam.

Dalam perlawanan pembukaan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak itu, tuan rumah bermula perlahan dengan permainan lebih dikawal skuad Helang Merah.

Aksi berjaga-jaga oleh kedua-dua pasukan mengakhiri babak pertama dengan kedudukan 0-0.

Bagaimanapun Felda United kembali memberi tentangan sebelum memecah kebuntuan jaringan menerusi Lutfilla Turaev pada minit ke-61.

Gol pertama skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu hadir menerusi  Lutfilla yang melepaskan rembatan kencang ke penjuru kanan pintu gol Kedah yang dikawal oleh Farhan Abu Bakar.

Pandangan di dalam Stadium Tun Abdul Razak.

Lapan minit berselang, Felda kembali mendapat kelebihan apabila dihadiahkan penalti oleh pengadil perlawanan apabila pemainnya dijatuhkan oleh Rizal Ghazali.

Peluang keemasan untuk menjarakkan kedudukan digunakan sebaiknya oleh Zah Rahan Krangar untuk mejadikan keputusan 2-0.

Kedah yang merupakan juara Liga Premier musim lalu turut tidak melepaskan peluang untuk mengasak kubu tuan rumah.

Bagaimanapun, cubaan bintangnya seperti Baddrol Bakhtiar, Sandro Da Silva Mendonca dan Carlos Kahe gagal menewaskan Farizal Harun yang diberi tugas sebagai penjaga gol Felda United.

Dalam perlawanan tersebut empat kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada dua pemain Felda United, Gilberto Carlos dan Syahid Zaidon malakala pemain Kedah, Sandro Da Silva dan Rizal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Piala Sumbangsih Milik JDT

Artikel Lain