KHM Perkenal Kejohanan Liga Remaja Wanita Bermula 19 Februari

KUALA LUMPUR: Buat julung kali Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akan memperkenalkan Kejohanan Liga Remaja Wanita 2016 bermula 19 Februari hingga 10 April ini.

Timbalan Presiden KHM, George Koshy berkata kejohanan itu mendapat sambutan mengalakkan daripada 14 pasukan yang melibatkan sembilan negeri.

"Saya sangat berpuas hati kejohanan ini mendapat sambutan mengalakkan daripada 14 pasukan ini bagi edisi pertama kejohanan. 

"Sokongan pasukan-pasukan ini adalah selaras dengan misi KHM untuk menaikkan semula standard sukan hoki wanita negara," katanya pada sidang akhbar mengenai kejohanan itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Koshy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan berkata juara keseluruhan akan menerima hadiah wang RM15,000 manakala juara peringkat kumpulan akan membawa pulang RM5,000.

Setiap pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

"KHM juga turut memberikan subsidi kepada setiap pasukan sebanyak RM3,000 termasuk subsidi kos pengangkutan kepada pasukan yang bermain di Sabah dan  pasukan Sabah yang turun bermain di Kuala Lumpur," katanya.

Koshy juga berkata tujuan utama liga itu ialah untuk membentuk pasukan divisyen I dan II bagi skuad hoki wanita.

"Semua ini akan dikaji semula selepas tamat kejohanan liga ini nanti. KHM mahu prestasi hoki wanita meningkat dalam tahap seterusnya selain menyediakan  lebih banyak pilihan untuk memilih pemain akan datang," katanya.

Senarai pasukan:

Kumpulan A: SSNS SMK Za'ba, Kuala Pilah, Johor, SSNJ SMK Tun Hussin Onn, SSTMI Thunderbolt, Sekolah Sukan Malaysia Sabah, Unikl Ladies dan Selangor Girls.

Kumpulan B: YP-MSP-PHP, MSNT/SMKPM, MSN Kedah, SMK Sultan Ibrahim I, SMK GR.Highlander, Kuala Lumpur Wipers, Mutiara Impian-USM. 

Hadiah:

Peringkat Kumpulan - Juara RM5,000; Naib juara RM3,500; Tempat ketiga RM2,500.

Juara Keseluruhan RM15,000; Naib juara RM10,000; Tempat ketiga RM7,500; Tempat keempat RM5,000. - BERNAMA

KHM, Liga Remaja Wanita 2016

Artikel Sebelum

Piala Sumbangsih Milik JDT

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain