suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerja Baik Pulih Velodrom Rakyat Ipoh Mula Mei Depan

Velodrom Rakyat.

IPOH: Projek menaik taraf dan membaik pulih Velodrom Rakyat di sini akan dimulakan pada Mei depan, kata Presiden Persatuan Berbasikal Perak Datuk Amarjit Singh Gill.

Beliau berkata projek itu, yang mendapat peruntukan RM7 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan, antara lain melibatkan penggantian trek kayu yang rosak.

"Perunding dan arkitek telah membuat pemeriksaan di velodrom itu dua hari lepas. Selepas ini, kementerian akan mengeluarkan tender untuk projek naik taraf itu," katanya pada Khamis.

Amarjit berkata velodrom itu, yang dibina pada 1986, tidak digunakan sejak 2013 kerana trek dan beberapa kemudahan lain rosak dan berbahaya jika digunakan.

Amarjit yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia berkata apabila projek naik taraf itu siap kelak, ia boleh digunakan untuk menganjurkan acara lumba basikal peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. - BERNAMA

velodrom rakyat, Ipoh

Artikel Sebelum

"Belum Cuba Belum Tahu" - Vida

Artikel Berikut

Artikel Lain