suria

Sterling Beli Rumah £3.5 Juta, Berjiran Dengan Ferguson

RAHEEM Sterling kini berjiran dengan Alex Ferguson selepas membeli sebuah rumah agam di sebelah rumah bekas jurulatih Manchester United tersebut di Cheshire.

Pemain muda yang meninggalkan Liverpool untuk bersama Manchester City itu akan mendiami rumah bernilai £3.5 juta yang mempunyai enam bilik dan kolam renang.

Rumah tersebut turut dilengkapi bilik wayang, taman dan garaj untuk menyimpan tiga buah kereta mewah.

Sterling dilapor membeli rumah yang baru siap dibina itu untuk tinggal bersama teman wanitanya iaitu Paige Lee Hansel.

Dalam pada itu, Ferguson dilapor telah tinggal di situ sejak 20 tahun lalu.

Seorang perunding hartanah mendakwa, Sterling tidak tahu bahawa Ferguson tinggal dicsebelah rumah berkenaan ketika membuat pembelian.

"Tetapi selepas tahu, dia gembira dan menganggapnya sebagai pelaburan berbaloi.

"Cuma kami harap Sterling tidak membuat bising yang boleh mengganggu jirannya," ujar lelaki tersebut.

Raheem Sterling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain