suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

La Liga: Saingan Akan Terus Sengit - Mascherano

Javier Mascherano
SEHINGGA kini Barcelona terus kukuh di puncak La Liga dan semakin meninggalkan jauh pesaing-pesaingnya. Namun, Javier Mascherano yakin persaingan akan terus sengit sehingga akhir musim.

Barca mengumpul 54 mata dari 22 perlawanan dan unggul tiga mata di atas Atletico Madrid yang kini berada di posisi kedua dan empat mata di atas Real Madrid di kedudukan ketiga. Blaugrana berpeluang untuk melebarkan jarak kerana mereka masih mempunyai satu perlawanan simpanan.

"Perjalanan ini masih panjang," ucap Mascherano, pemain pertahanan Barca.

"Dua musim terakhir lalu telah menunjukkan bahawa peringkat sepertiga akhir adalah saingan yang paling berat. Ini akan menjadi perlawanan yang sengit sehingga akhir dan setiap kehilangan mata akan menjadi sangat merugikan," kata pemain berasal dari Argentina itu.

Barca sedang berada dalam kedudukan positif pada masa ini. Pasukan di bawah bimbingan Luis Enrique itu tak pernah kalah dalam 28 perlawanan terakhir mereka. Mereka juga menyamai rekod yang dicipta sendiri pada musim 2010/2011 ketika pasukan ini masih dilatih oleh Pep Guardiola.

"Persamaan utama antara pasukan Luis Enrique dan pasukan Guardiola adalah kedua-duanya berjuang dengan cara yang sama. Kedua-duanya mempunyai hasrat untuk menang yang sama dan itu penting ketika anda memiliki pasukan yang dipenuhi pemain-pemain yang sering menjadi juara," kata Mascherano.

Barca akan berdepan Celta Vigo dalam perlawanan seterusnya La Liga. Namun, sebelumnya itu mereka terlebih dahulu akan menentang Valencia di separuh akhir kedua Copa del Rey, Rabu.
La Liga, Javier Mascherano

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain