suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memphis Depay Bantu Man United Belasah Norwich 7-0

MEMPHIS Depay yang digugurkan daripada skuad Utama Manchester United selepas menjadi penyebab kelab itu seri 1-1 dengan Chelsea pada Ahad lalu kembali membuktikan kemampuan dirinya.

Ketika mewakili skuad Bawah-21 tahun United pada Isnin, Depay mencipta peluang untuk kelab itu memperolehi tiga gol.

Selain Depay yang dibeli pada harga £25 juta, kesebelasan skuad berkenaan turut dibarisi oleh Phil Jones dan Adnan Januzaj.

Perlawanan yang disaksikan oleh Louis Van Gaal itu berakhir dengan United mengutip kemenangan besar membelasah Norwich 7-0.

Ketua pasukan United, Wayne Rooney dan beberapa rakan sepasukan turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut di Old Trafford.

Dalam perlawanan itu, gol United dijaringkan oleh Will Keane (minit ke-13, 37, 47, 62, 77),  Andreas Pereira ( 52 pen) dan Fosu-Mensah (70).

Manchester United

Artikel Lain