suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stadium Bola Sepak Moden Pertama Di Malaysia

STADIUM Tun Abdul Razak atau singkatannya STAR merupakan sebuah stadium khusus untuk bola sepak yang pertama di Malaysia.

Stadium yang terletak di Jengka, Pahang ini siap sepenuhnya pada 13 Januari 2016 dengan kos mencecah RM90 juta.

Menurut Pengurus Projek STAR, Mohd Hairul Sanib, rekabentuk stadium ini adalah inspirasi daripada buah kelapa sawit yang berwarna oren dan berbentuk ‘diamond’.

“Ianya dianggap sebagai pemangkin untuk penduduk di jengka kerana ia satu-satunya tempat untuk beriadah.

“Mengenai penyelenggaraan, Perbadanan Stadium STAR akan menguruskan semua perkara yang berkaitan stadium ini terutamanya penjagaan rumput tiruan itu yang digunakan di padang ini,” jelasnya ringkas mengenai stadium ini.

Stadium ini dinamakan Stadium Tun Abdul Razak bagi mengiktiraf sumbangan besar Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien.

Ia merupakan stadium tuan rumah bagi pasukan Felda United yang beraksi dalam Liga Super musim ini.

STAR boleh memuatkan seramai 20,000 penonton itu turut mempunyai kemudahan bilik sauna, bilik persalinan pemain, gimnasium, tandas, bilik solat dan beberapa kemudahan lain.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain