suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemenangan Everton Buat Saya Seperti Mahu Menari Semula - Martinez

PENGURUS Everton Roberto Martinez mengakui beliau terdorong untuk menari semula selepas anak buahnya menang besar 3-0 ke atas Stoke City pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

The Toffees cemerlang di Stadium Britannia menerusi gol yang dijaringkan Romelu Lukaku, Seamus Coleman dan Aaron Lennon.

Anak buah Martinez terus mencipta beberapa peluang pada separuh babak kedua tetapi gagal menemui penyudah berbisa.

Kejayaan besar itu hadir hanya sehari selepas rakaman Martinez melakukan gerak tari memukau semasa konsert penyanyi Jason Derulo menjadi viral.

Ketika ditanya sekiranya beliau terdorong untuk melakukan perkara serupa pada akhir perlawanan awal pagi Ahad, Martinez berkata: "Saya terfikir mengenainya, jika saya jujur dengan anda!"

"Tetapi saya merasakan akan menjadi sukar untuk melakukan gerak tari seperti itu di atas padang.

"Saya fikir pada hari ini, Tom Cleverley, Ross Barkley dan Romelu Lukaku mempamerkan gerakan menakjubkan pada perlawanan ini. Saya akan simpan (gerak tari) saya untuk acara lain!"," katanya dalam nada berseloroh.

Pada musim ini, Everton disifatkan kurang menyerlah tetapi berjaya bangkit memperbaiki kedudukan daripada tangga ke-11 ke tangga kelapan liga.

Ia adalah pertama kali Everton mencatat kemenangan buat kali ketiga berturut-turut dalam semua perlawanan yang disertai musim ini.



Artikel Berikut

Artikel Lain