suria

Liga Perdana: UiTM FC Optimis Beri Saingan Sengit

SHAH ALAM: UiTM FC optimis untuk memberi saingan lebih sengit dalam kejohanan bola sepak Liga Perdana musim ini.

Presidennya, Prof Datuk Dr Abdullah Mohammad Said yakin dengan jurulatih baharu serta barisan pemain tempatan dan import yang cukup baik, pasukan tunggal dari universiti yang bersaing dalam liga berkenaan, mampu melakar kejutan besar musim ini.

"Naib Canselor juga ada melontarkan cabaran mahu UiTM FC muncul juara liga musim ini, dan saya yakin kita mampu mencipta kejutan," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain dan jersi pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Perdana 2016 di sini pada Selasa.

Turut hadir, Naib Canselor UiTM merangkap Penasihat UiTM FC, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said. Dalam saingan Liga Perdana musim lepas, UiTM FC berada di kedudukan kelapan daripada 12 pasukan.

Barisan pemain UiTM FC pada musim ini, diperkuatkan dengan kehadiran penjaga gol kebangsaan Kyrgyzstan, Pavel Matiash serta tiga lagi pemain import - Kang Jin Ouk dari Korea Selatan; Eliel Cruz (Brazil) dan Pavel Purishkin (Uzbekistan).

Mengenai jurulatih baharu UiTM FC, Abdullah yakin dengan keupayaan Raja Isa Raja Akram Shah, yang sebelum ini berpengalaman membimbing pasukan Liga Super Indonesia, antaranya PSM Makassar dan Persipura Jayapura.

"Raja Isa mempunyai banyak pengalaman melatih pasukan bawahan liga sehingga menjadi sebuah pasukan yang mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan ternama dalam liga (Indonesia), dan diharapkan beliau mampu melakukan perkara yang samadi sini," katanya. 

Sementara itu, Raja Isa yakin dengan keupayaan pemain dan sokongan daripadapihak pengurusan, UiTM FC mampu memberi saingan untuk merebut piala Liga Perdana musim ini.-Bernama 

UiTM FC, Liga Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain