suria

PHNT Ikat Sebelas Pemain Hadapi Liga Hoki 2016

Baljit Singh antara pemain baharu yang beraksi dengan pasukan THT musim ini.

KUALA TERENGGANU: Sebelas pemain termasuk dua muka baharu akan memperkuatkan Pasukan Hoki Terengganu (THT) bagi menghadapi Piala Liga Hoki 2016.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Marzilaini Mohammad berkata dua muka baharu adalah Baljit Singh dan Harmeet Singh, kedua-duanya dari Perak.

"Kehadiran Baljit Singh dan Harmeet Singh diharap dapat memperkuatkan lagi pasukan Terengganu untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas,"katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau berkata 90 peratus pemain tahun lepas yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dikekalkan.

Mereka ialah Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Faizal Saari, Fitri Saari, Ismail Abu, Azlan Masron, Jivan Mohan, Muhammad Hafizuddin Othman, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Mohd Azrul Faiz Ahmad Sobri.

Beliau berkata majlis menandatangani kontrak pemain-pemain tersebut diadakan pada akhir bulan lepas.

Marzilaini berkata bagi melengkapkan skuad THT, pihak pengurusan PHNT akan menggunakan khidmat pemain import serta pemain Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu.

Beliau berkata pada tahun ini, persatuan bercadang menggunakan khidmat limapemain import dari Australia, Argentina serta Korea Selatan, jika keadaan kewangan mengizinkan.

Katanya bekas jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh masih dikekalkan untukmembimbing THT musim ini.

THT membuat persediaan awal ini agar dapat mengekalkan kejuaraan PialaLiga/TNB buat kali ketiga, serta merampas Piala Sumbangsih daripada pasukan KLFC, katanya.

Beliau berkata setakat ini, THT sudah mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan Mongolia di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 29 Januari lepas, yang berkesudahan THT tewas 2-3 kepada pasukan berkenaan. -Bernama

PHNT, Liga Hoki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain